Friday, October 1

On Harian Metro News for Puteri Metro Section!! XD

I know this is just a normal post but I don't appear on news everyday (klu sy perdana menteri lain cerita la) so here the article.

Kaji budaya etnik Sabah

Oleh Fardy Bungga
am@hmetro.com.my
2010/10/01 MEMBUAT kajian mengenai kejadian manusia dan selain menyelidik budaya masyarakat negeri Sabah adalah impian Puteri Metro kali ini, Dewina Petrus Gurinting yang berminat mengetahui asal usul kejadian sesuatu benda di muka bumi ini.
pix_middle
Meskipun baru berusia 19 tahun, gadis keturunan Kadazan ini sangat berminat dalam melakukan kajian dan berharap hasil penemuannya akan membantu saintis seluruh negara memperoleh teori baru berhubung kewujudan alam semesta.

“Budaya masyarakat Kadazandusun akan pupus sekiranya tidak ia dipelihara dan diteruskan demi tatapan generasi akan datang.

“Sebagai anak jati Kadazandusun, saya ingin membawa adat budaya serta cara hidup masyarakat untuk dipertontonkan kepada dunia,” katanya.

Selain itu, anak bongsu dari tiga beradik ini juga meminati aktiviti skuba sekiranya mempunyai masa terluang.

“Pemandangan yang boleh dilihat di dasar laut adalah satu pengalaman yang sangat mengasyikkan dan berharap khazanah yang terdapat di dalamnya dapat dipelihara buat selama-lamanya.

“Kehidupan batu karang dan hidupan laut harus dipelihara dengan baik kerana keindahan semula jadi ini tiada gantinya sekiranya dimus­nahkan,” katanya.

Sementara itu, Dewina juga melahirkan perasaan syukur kerana dilahir di negeri yang mempunyai banyak lokasi skuba menarik seperti di Pulau Manukan, Sipadan, Mabul dan beberapa pulau lain.
“Saya sentiasa merindui keindahan dasar laut yang mengasyikkan,” katanya yang juga finalis Miss Borneo Tourism Queen International 2010.


PROFIL
Nama: Dewina Petrus Gurinting
Umur: 19 tahun
Tarikh lahir: 05 Jun 1991
Agama: Kristian
Kaum: Kadazandusun
Tinggi: 165 sm
Berat: 47 kg
Hobi: Melayari Internet dan menyanyi
Publish Post

Pekerjaan: Pelajar Tingkatan Enam Maktab Sabah
Cita-Cita: Menjadi ahli antropologi

If you notice it or not, there has been a mistake in this article as well. First my grandfather's name, which should be 'Guriting' not 'Gurinting' (I see this happens a lot). Second is the anthroplology thing. It is supposed to be about study of human culture not about the universe. Third is my attire, why they have to choose a picture where my dress is not on right place. **** man!!  Btw, here is the link for the article,
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KajibudayaetnikSabah/puteri/article_html

1 comment:

JuS said...

if u noticed someone ticked LOL, well u know who HAHAHAHAHA! bgus2 mo kaji sejarah trus jd geo oh haha!